Kelas Asas Komputer MS Office Word (150619)

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2019 yang lepas, Pusat Internet Sibujaya telah mengadakan Kursus Asas Komputer MS Office Word di bilik latihan PI Sibujaya. Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada belia dan pelajar terlibat dengan kelas ini. Kelas berlangsung pada jam 9:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari yang merangkumi aktiviti seperti taklimat serta tayangan video KDB, taklimat E-Waste, Check Your Label, pengenalan kepada PI, pengenalan kepada komputer serta asas penggunaan Microsoft Word untuk kegunaan harian.

Peserta didedahkan mengenai Pengenalan kepada Lembaran Microsoft Office Word dengan latihan menaip, menyimpan dan membuka semula hasil kerja dalam format Microsoft Office Word juga asas kemahiran membuat jadual dan carta dengan menggunakan Microsoft Word. serta mengaplikasikan penggunaan aplikasi asas seperti Microsoft Word 2016.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta tentang bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini serta memperkenalkan komponen-komponen komputer serta mendedahkan peserta tentang kebaikan E-Waste serta kepentingan Check Your Label pada alat komunikasi sekarang. Melalui kelas ini, diharap para peserta akan mengamalkan ciri-ciri keselematan yang harus diambil kira ketika melayari internet pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali